Kita masih muda dalam mencari keputusan




:: Banyak sangat gambar menarik untuk dipost ::

Life has been hectic so far. Ingatkan dah cuti boleh lepak-lepak tapi tidak. Shipping barang-barang balik ke Malaysia, pindah rumah dan macam-macam lagi semuanya menuntut tenaga yang tinggi. Baru sekarang rasa macam dapat settle down tapi itu pon tak sangat sebab dah tak ada rumah. Sekarang ini tengah menumpang di rumah senior or a phd student to be exact. Rasa meriah sebab ada ramai orang menumpang sama-sama. Rasa macam duduk asrama dulu-dulu. Sekarang ini perkara yang paling kerap bermain di fikiran sudah semestinya tentang nak cari kerja. Masih tercari-cari tapi alhamdulillah sebab rasanya berjaya la sikit untuk narrow down ke bidang mana untuk meneruskan kerjaya hidup ini. Bak kata Melly Goeslow dalam lagunya "jika", kita masih muda dalam mencari keputusan.


:: Saya sangat sukakan dandelion. Berwarna kekuningan tetapi berubah menjadi putih setelah sampai usianya. ::

 
:: Bila bertukar menjadi putih pokok ini menjadi ringan-seringan ringannya agar mudah untuknya dibawa pergi oleh angin ke tempat yang lebih jauh dan meneruskan kehidupan generasi yang baharu. ::


:: Sepasang dandelion putih ::






2 ulasan:

Fadzil Sulaiman berkata...

cantik~

HaJar JUfRi berkata...

slamat memulakan proses mencari keje.. =)